Pengalaman menguruskan tukar nama pemilik kereta

Apabila bercerita tentang perlunya menukar nama pemilik kenderaan setelah membeli sesuatu kereta atau motosikal, ramai yang mengeluh kerana terbayangkan prosedur yang rumit, masa yang perlu diluangkan untuk proses tersebut, jumlah wang yang perlu disediakan untuk proses tersebut dan yang paling utama apabila bertukar nama pemilik automatiknya harga insurans akan menjadi mahal semula. Namun begitu, sebaik-baiknya setiap pembeli perlu menukar nama pemilik kenderaan kerana sekiranya terjadi kemalangan contohnya proses tuntutan insurans akan menjadi leceh kerana kereta masih lagi atas nama pemilik lama. Dan pemilik lama juga pastinya tidak mahu menanggung perasaan kurang enak jika surat saman baik daripada polis, JPJ dan majlis bandaran sampai ke alamat mereka. Baru-baru ini saya telah menjalani proses pertukaran nama pemilik kenderaan secara sukarela. Oleh kerana sebelum ini saya tidak pernah langsung melakukan proses ini maka saya masih lagi mencari-cari arah apakah prosedur yang perlu...