Posts

Pengalaman menguruskan tukar nama pemilik kereta

Image
Apabila bercerita tentang perlunya menukar nama pemilik kenderaan setelah membeli sesuatu kereta atau motosikal, ramai yang mengeluh kerana terbayangkan prosedur yang rumit, masa yang perlu diluangkan untuk proses tersebut, jumlah wang yang perlu disediakan untuk proses tersebut dan yang paling utama apabila bertukar nama pemilik automatiknya harga insurans akan menjadi mahal semula. Namun begitu, sebaik-baiknya setiap pembeli perlu menukar nama pemilik kenderaan kerana sekiranya terjadi kemalangan contohnya proses tuntutan insurans akan menjadi leceh kerana kereta masih lagi atas nama pemilik lama. Dan pemilik lama juga pastinya tidak mahu menanggung perasaan kurang enak jika surat saman baik daripada polis, JPJ dan majlis bandaran sampai ke alamat mereka. Baru-baru ini saya telah menjalani proses pertukaran nama pemilik kenderaan secara sukarela. Oleh kerana sebelum ini saya tidak pernah langsung melakukan proses ini maka saya masih lagi mencari-cari arah apakah prosedur yang perlu...

Kisah pemandu teksi yang berintegriti...

KISAH ni berlaku beberapa bulan lepas,aku tak ingat dah tarikhnya. Ketika itu jam lebih kurang pukul 0430 H( pukul empat setengah pagi le tu)... Aku baru je melangkah turun dari bas ekspres perjalanan dari Sungai Nibong, Pulau Pinang. Ketika itu isteri aku mengajar di Balik Pulau, jadi aku sebagai 'weekend husband' dengan taatnya mesti pulang melapor diri ke Pulau Pinang paling tidak 2 minggu sekali. Sebaik sahaja turun dari bas di depan bangunan Maybank Puduraya, seperti biasa ramailah pemandu teksi akan mengerumuni  pintu bas.. Aku pun tak terkecuali dihampiri salah seorang dari mereka... "Teksi bang" sapa salah seorang pemandu teksi berbangsa melayu, umur lebih kurang 40tahun.. "Cochrane tambang berapa?" tanya saya. Sebenarnya saya bukan minat pun naik teksi pada waktu demikian, macam ayat Karam Singh Walia, ibarat menghulurkan tengkok untuk disembelih... Standby je la untuk 'disembelih'... berbalik kepada cerita, pemandu teksi tu menja...

Prakata

Setelah sekian lama menjadi pembaca blog, aku terfikir bagaimana kalau aku pun terjebak sama menulis dalam blog. Tujuan aku memulakan blog ni tak lain tak bukan kerana mahu berkongsi dengan rakan-rakan di alam maya ni tentang idea-idea,pendapat-pendapat,isu-isu yang selama ini bermain dibenak fikiranku ini. Malahan pula,pengunjung internet ni terdiri daripada pelbagai latar belakang maka memang bertuahlah kalau dapat bercampur gaul walaupun tidak bersua muka. Baiklah aku perkenalkan diri aku, nama Fairuz, jantina lelaki, status berkahwin, anak dah dua orang, berkhidmat dengan gomen, adik beradik 4 orang. Jadi, aku pun tak reti lah nak membebel disini. Harap-harap pihak tuan puan dapat menerima salam perkenalan dari saya seadanya...