Kisah pemandu teksi yang berintegriti...

KISAH ni berlaku beberapa bulan lepas,aku tak ingat dah tarikhnya. Ketika itu jam lebih kurang pukul 0430 H( pukul empat setengah pagi le tu)... Aku baru je melangkah turun dari bas ekspres perjalanan dari Sungai Nibong, Pulau Pinang. Ketika itu isteri aku mengajar di Balik Pulau, jadi aku sebagai 'weekend husband' dengan taatnya mesti pulang melapor diri ke Pulau Pinang paling tidak 2 minggu sekali. Sebaik sahaja turun dari bas di depan bangunan Maybank Puduraya, seperti biasa ramailah pemandu teksi akan mengerumuni  pintu bas.. Aku pun tak terkecuali dihampiri salah seorang dari mereka... "Teksi bang" sapa salah seorang pemandu teksi berbangsa melayu, umur lebih kurang 40tahun.. "Cochrane tambang berapa?" tanya saya. Sebenarnya saya bukan minat pun naik teksi pada waktu demikian, macam ayat Karam Singh Walia, ibarat menghulurkan tengkok untuk disembelih... Standby je la untuk 'disembelih'... berbalik kepada cerita, pemandu teksi tu menjawab dengan muka yang tulus dan mulus, ditengah pagi yang hening itu..."25 hinggit bang"... aik!!! menyirap darah aku... "biasa aku naik kena 15 hingget je?"soal aku dengan nada yang memang boleh tahan gak la amarahnya..." ala, sekarang ekonomi meleset bang, tu harga dulu, sekarang lain" jawabnya balik dengan wajah yang kudus itu...dahi  aku pun berkerut, sejak bila pulak kerajaan naikkan harga NGV??? pigidah, baik aku menapak lagi baik, dah tentu penat ,hehehe... Aku pun dengan hati panas melintas jalan kearah puduraya... Aku terpandang sebuah teksi betul-betul didepan ku, driver nya menggamit aku... aku dah agak , ni mesti nak sembelih lagi ni....aku dengan muka tanpa perasaan pun menghampirinya..."bang nak teksi ke?" tanya pemandu teksi tu , aku pun jawab, "ke Cochrane berapa?", tapi hati panas masih belum reda, ni entah-entah 30 hinggit... "Takpe,abang naik dulu" jawabnya . aku pun masuk jelah kedalam teksinya... Pemandu tu pun menggerakkan teksinya meluncur di atas jalan... Aku tak puas hati, ni entah berapa pulak aku nak kena ketuk ni... "tambang berapa abang cas ni?" tanyaku meminta kepastian."takpe, dah sampai kita kira.."jawabnya sambil mata memandang kehadapan. "Saya tak suka letak-letak harga, jangan risau," tambahnya lagi... Aik? Macam tak percaya pulak... Ce citer ce citer..."Diorang memang cari makan macam tu tapi saya tak suka macam tu. " dia menambah lagi. Beliau berasal dari Gombak, dan mempunyai 3 orang anak. Menurutnya beliau akan keluar dari rumah seawal jam 4 pagi untuk mencari rezeki, dan akan pulang rumah pada lewat malam, bayangkan berapa jam je beliau dan teksinya rehat. Sesampai di depan rumah saya pun bertanya berapa tambang, beliau pun menunjukkan meternya, RM8.20, saya pun tanpa banyak soal mengeluarkan not RM10 dari poket dan menghulurkan kepadanya. "Abang ambiklah bakinya. Terima kasih bang" kataku, dia pun mengucapkan "alhamdulillah murah rezeki encik " dan menghulurkan tangannya untuk bersalam. Aku pun menyambut salam. Sebaik sahaja teksinya beredar, aku terfikir, masih ada lagi pemandu teksi yang jujur dan mempunyai integriti seperti beliau, semoga Allah permudahkan urusan beliau dan murahkan rezekinya, amin...

Comments

  1. Allahu bagusnya...Semoga murah rezeki pemandu teksi tersebut 😥

    ReplyDelete
  2. Allahu bagusnya...Semoga murah rezeki pemandu teksi tersebut 😥

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman menguruskan tukar nama pemilik kereta

Prakata