Pengalaman menguruskan tukar nama pemilik kereta
Apabila bercerita tentang perlunya menukar nama pemilik kenderaan setelah membeli sesuatu kereta atau motosikal, ramai yang mengeluh kerana terbayangkan prosedur yang rumit, masa yang perlu diluangkan untuk proses tersebut, jumlah wang yang perlu disediakan untuk proses tersebut dan yang paling utama apabila bertukar nama pemilik automatiknya harga insurans akan menjadi mahal semula.
Namun begitu, sebaik-baiknya setiap pembeli perlu menukar nama pemilik kenderaan kerana sekiranya terjadi kemalangan contohnya proses tuntutan insurans akan menjadi leceh kerana kereta masih lagi atas nama pemilik lama. Dan pemilik lama juga pastinya tidak mahu menanggung perasaan kurang enak jika surat saman baik daripada polis, JPJ dan majlis bandaran sampai ke alamat mereka.
Baru-baru ini saya telah menjalani proses pertukaran nama pemilik kenderaan secara sukarela. Oleh kerana sebelum ini saya tidak pernah langsung melakukan proses ini maka saya masih lagi mencari-cari arah apakah prosedur yang perlu dilalui...
Setelah membuat kajian di dalam internet, baik di dalam facebook, blog dan sebagainya, akhirnya saya
telah mendapat petunjuk yang boleh dipercayai.
Mula-mula sekali saya telah ke Puspakom. Di sana saya telah bertanya kepada seorang kenalan yang kebetulan berada di situ. Menurutnya saya perlu ke kaunter Puspakom dan minta borang B5 katanya untuk pemeriksaan kenderaan tukar pemilik. Saya juga perlu menempah(booking) sesi pemeriksaan. Sebaik sahaja tiba di kaunter, saya pun meminta borang B5 tersebut daripada staf di kaunter. Kemudian dia menanyakan tarikh untuk pemeriksaan dan nombor pendaftaran kereta. Saya pun memberikan nombor kereta dan tarikh. Staf tersebut mengingatkan saya sekiranya ada cermin gelap minta tanggalkan siap-siap sebelum pemeriksaan dan bawa geran kereta yang asal sekali. Oh ya, untuk pemeriksaan kenderaan di puspakom pembeli atau penjual boleh datang sendiri. Tak perlu datang kedua-duanya. Dan pastikan borang B5 tadi diisi siap-siap ya. Kadar bayaran pemeriksaan lebih kurang RM30.00 dan bawa geran asal.
Selesai menempah tarikh; saya pergi pula ke pejabat JPJ yang terletak bersebelahan dengan Puspakom. Saya bertanya kepada staf JPJ dikaunter pertanyaan berkenaan pertukaran nama pemilik kenderaan. Beliau menerangkan pembeli asal perlu ke JPJ yang berdekatan dahulu untuk mengisi borang dan mengambil cap jari untuk dimasukkan ke dalam sistem. Setelah itu baru pembeli akan ke JPJ yang berdekatan untuk membuat prosedur yang sama. Beliau mengingatkan agar membeli insurans kereta yang baharu atas nama saya sebelum memulakan prosedur tukar nama. Beliau kemudiannya menyerahkan satu borang iaitu Borang Pertukaran Nama Pemilik Kenderaan secara sukarela. Kos untuk bayaran proses tukar nama di JPJ adalah
RM100.00.
Beberapa hari kemudian, setelah menjalani pemeriksaan di Puspakom dan mendapat keputusan pemeriksaan, saya telah memaklumkan penjual supaya pergi ke JPJ untuk tukar nama. Saya telah menghantar gambar mykad saya, geran kereta,insurans yang dibeli, dan keputusan Puspakom melalui Aplikasi Whatsapp sebagai rujukan penjual dan pegawai JPJ. Perlu diingat setelah penjual selesai membuat urusan di JPJ, pembeli pula perlu meneruskan proses tukar nama di JPJ dalam masa 7 hari. Sekiranya pembeli gagal ke JPJ maka penjual perlu membuat semula sesi yang baharu.
Setelah penjual memaklumkan yang dia telah pun selesai urusan di JPJ, saya telah ke JPJ berdekatan dengan membawa borang yang telah diisi,geran asal, mykad dan insurans baharu. Staf kaunter juga memaklumkan saya perlu mengisi borang membatalkan cukai jalan yang lama (kerana cukai jalan masih berbaki 6 bulan). Selesai mengambil cap jari dan membayar RM100.00 beserta RM20.00 (bayaran cukai jalan bergantung cc kereta) staf telah menyerahkan kepada saya sijil pemilik kenderaan (menggantikan geran kereta asal yang telah ditarik balik oleh JPJ), dan cukai jalan yang baharu.
Ringkasan:
1.Pergi Puspakom isi borang B5 dan periksa kenderaan >RM30.00.
2.Beli insuran baharu atas nama pembeli(harga ikut kereta masing-masing ye).>RM300.00
3.Penjual pergi JPJ isi borang dan ambil cap jari.
4.Pembeli pergi JPJ isi borang, ambil cap jari, buat cukai jalan baharu dan dapat sijil pemilik kenderaan baharu. >RM100.00+RM20.00(harga ikut cc kereta).
5.Selesai.
Semua sekali lebih kurang RM450.00 yang saya perlu bayar sepanjang proses ini.
Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini. Sekian. Terima kasih.

Kalau puspokom tu penjual sahaja ke kena p kt puspakom @pon pembeli sekali kena p puspakom..minta penjelasan..
ReplyDeleteDua-dua kena pergi.
DeleteDua2 tak pegi pun Takpe upah runner
DeleteHi, biasa runner fee Alan dibayar oleh penjual me pembeli atau share
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekalau saja nak tukar nama cari tuan kereta tak jumpa nk buat macam mana geran saja ade
ReplyDeleteIc owner kereta kene bawa ke masa nk cek puspakom...atau ckup dgn bwk geran asal je?
ReplyDeleteSy pn kurang faham pasal tukar nama klau penjual ckp contok harga keta 10k sekali puspakom n tukar nama ..maknanye insuran baru atas nama kita dia yg tanggung jgk ke? .. klau spe tau n sape baik hati blh luang mase dgn sy di whatsapp kejap blh pm sy terima kasih sngat2 01156856151
ReplyDeleteinsuranse atas owner baru. penjual tanggung kos puspakom n tuka nama shja
DeleteKalau penjual dah buat thumb print...So dalam masa berapa hari pembeli boleh tukar nama yer...
ReplyDelete7 hari..kalau selepas 7 hari pembeli tak tukar nama..terbatal urusan tukar nama..jadi kena pegi puspakom semula..
ReplyDelete7 hari, lepas 7 hari terbatal, kalau pembeli tak amik kisah tukar nama, pusing pusing sampai bila nak habis.
DeletePenjual kena bayar rm100 Dan pembeli pun kena bayar rm100 untuk urusan jpj? So total tukar nama adalah rm200??
ReplyDeletePembeli sahaja kena bayar rm100
DeleteJika road tax dan insurans kereta dah tamat, dan utk hidupkn semula, kereta perlu buat pemeriksaan puspakom. Semasa kereta nk ke puspakom, tak jd kesalahan ke kerana kereta masih tiada insuran dan road tax...???
ReplyDeleteTak ada masalah . Boleh saja . Pandai2
DeleteSlam nak tanye la kalau tukar name sahaje dullu boleh ke kalau boleh berape bayaran ye ye.
ReplyDeleteJpj charge rm100 utk tukar nama . Puspakom rm30
DeleteSalam... Nk tnya klau sya p jpj tukar nama shja dlu bleh ka? Tnpa byar duit roadtex dgn insuren dlu, bleh ka? Klu bleh tlg bgtaw mcm mna cra
ReplyDeleteBoleh
DeleteInsuran untuk pembeli tak dapat beli untuk pembeli secara online. Boleh bagitahu mcm mana?
ReplyDeleteSlm..sy nk tanya mcm sy pembeli baru...apa halus sy kena siapkan..seperti bayaran tukar nama puspakom dan roadtax sekali..berapa sy kena siapkan jumlah bayaran semua..dan berapa harga bayaran utk cc 2.0.sekian
ReplyDeleteMkna nye lpas puspakom...sblum pg ke jpj untuk urusan tuka nama...kne bli insuran dlu ye..br bt urusan tuka nm?
ReplyDeleteKlu owner xjumpe.. sy pembeli entah yg ke berapa. geran asal ada ,mcm mna nk tukar nama ?
ReplyDeleteadakah ini masih tersedia?
ReplyDeleteSalam. Sy ada beli kereta. Owner lama ckp harga termasuk puspakom dan tukar nama. Tapi bila sy tumprint di pjp, sy kena byr rm100. Soalan sy, owner lama tu tak ada bayar ke rm100 semasa dia buat pertukaran nama?
ReplyDeleteHahaha...BUKAN usecar namanya kalo tak songlap duit tuan2...saya baru terkena ..masa beli kata semua additional ..harga cuci kaki dah...eh last2 minta bayaran lagi 250 ..alasan tambahan bayar insurans ..bila saya tanya bukankah bayaran tu cakap hari tu dah termasuk insurans ? Kenapa minta tambah duit lagi...? ...skrg baru dia nak buat REFUND balik duit lebihan yg sy dan bayar 😂😂😂
ReplyDeletesalam tuan...masa inspection kereta tinted walau kalau ikut spec jpj pon kene bukak jugak ke tuan??
ReplyDeleteSalam tuan bole ke tak datang puspakom kalau nk tukar nama
ReplyDelete